Rahsia Bilik Hotel Yang Perlu Kita Tahu


Tidak kira anda menginap di hotel 3 bintang atau 5 bintan sekalipun, rahsia tentang hotel ini perlu anda tahu. Informasi ini bukan untuk menakut-nakutkan anda tapi agar anda lebih berhati-hati apabila menginap di hotel pilihan anda.

Rahsia bilik hotel 1 :

Jangan gunakan gelas yang disediakan di dalam bilik hotel. Ya, gelas itu kelihatan cuci berkilat tapi hakikatnya ia menjijikkan. Kebanyakkan pekerja mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, mereka hanya mengelapnya sahaja. Pada tahun 2007 Fox News telah mendedahkan akan hal ini. Kamera tersembunyi yang dipasang pada satu hotel mewah telah merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak di basuh.

Apa yanglebih menjijikan lagi, ada pekerja yang menyembur pencuci tingkap pada gelas dan dilap dengan tuala yang kotor. Malah ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk membersih mangkuk tandas.

Rahsia bilik hotel 2 :

Jangan gunakan cerek yang disediakan. Pendedahan dari majalah Saloon, seorang pengemas bilik telah mengakui bahawa cerek selalunya dijadikan tempat meletak kondom terpakai. Menurut pengemas bilik ini, beliau sentiasa sediakan satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kondom yang dibuang di dalam cerek. Beliau akan membuang kondom tersebut, kemudian sembur pencuci pada cerek, bilas dengan air panas dan ulang jika masih kelihatan cecair melekit.

Rahsia bilik hotel 3 :

Tahukah anda bahawa pintu bilik hotel amat senang untuk dibuka. Tidak kisah jika anda menginap di hotel bajet atau mewah, bawalah sendal pintu untuk langkah keselamatan. Letakkan penyendal di pintu setiap kali anda berada di dalam bilik hotel. Ini kerana, tidak kira secanggih mana sistem kunci di bilik hotel, ia masih senang dibuka oleh orang luar atau pekerja hotel sendiri.

Rahsia bilik hotel 4 :

Jangan gunakan air paip di hotel untuk diminum, lebih-lebih lagi jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia atau racun serangga. Contohnya apabila bercuti di Cameron Highland, anak-anak sering cirit birit setelah pulang dari bercuti di sana.

Rahsia bilik hotel 5 :

Jangan bersandar pada tingkap bilik hotel. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Jika anda tidak percaya, sila search di Google "hotel window fall".

No comments: